ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Selamat Datang Ke Laman Blog Saya.
Salam Kontek Kenal Buat Semua Rakan - Rakan.

Handle : Mohd Razi Bin Masduki.

Callsign : 9W2GRM.

Base Station : Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Email : putrafarzy@gmail.com

Yahoo Massengger : putrafarzy@yahoo.com

Hp Number : 012.664.8041

Semoga Rakan-Rakan Dapat Manfaat Dari Bahan-Bahan Yang Terdapat Dalam Laman Blog Saya Ini Dan Saya Harap Rakan-Rakan Dapat Memberi Komen, Pendapat, Cadangan, Teguran, Nasihat Dan Apa Jua Untuk Saya Menambah Baik Isi Kandungan Dalam Laman Blog Saya Ini.

Jumpa Dan Jumpa Lagi,

73,

Cherio

Thursday, May 27, 2010

BISNES : HyprobulkSMS (Menjaya Pendapatan RM5k Seminggu!!



HyProBulkSMS adalah satu sistem hebahan SMS Pukal (Bulk) melalui Internet. Sistem ini sangat efektif dan dapat menjimatkan masa serta wang. Sistem HyProBulkSMS ini sesuai digunakan untuk tujuan promosi, pengiklanan dan hebahan kepada kumpulan yang anda sasarkan..

Hypernet Resources adalah syarikat yang memperkenalkan HyProBulkSMS (Internet Business). Mereka mengembangkan perniagaan HyproBulkSMS dengan menggunakan sistem Affiliate multi-tier yang menawarkan komisyen lumayan sehingga 100% (bergantung kepada pakej). Syarikat ditubuhkan pada 12 Jun 2008 dan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 001773825-M.

HyprobulkSMS bukanlah MLM. HyprobulkSMS tiada yuran ahli, tiada pangkat, tabung kereta, tabung melancong, khairat kematian, dan lain-lain. Syarikat tiada lesen Jualan Langsung kerana syarikat bukan dalam Kategori Pemasaran Bertingkat (Multi-Level Marketing-MLM). Ini adalah program perniagaan berkonsepkan affiliate - anda beli sistem, kenalkan kawan baru dan anda akan di bayar komisen. Duduk Diam Tanpa Usaha adalah perbuatan yang merugikan kerana tiada komisen akan di bayar.

bagai mana caranya????

Untuk menjadi RESELLER HYPROBULKSMS, anda hanya perlu memiliki mana-mana pakej HyproBulkSMS dan secara automatik dilantik menjadi Reseller bagi pihak Hypernet Resources bagi memasarkan produk HyproBulkSMS. Harga bagi setiap pakej ini akan menentukan bayaran komisyen yang bakal anda terima sehingga 100%. Pilihlah mengikut kemampuan anda!


Anda hanya perlu memperkenalkan produk HyproBulkSMS ini kepada rakan anda dan pihak Hypernet Resources akan memberi komisyen lumayan kepada anda. Melalui TEAM HYPROSMS2U, anda diberikan kemudahan Web Replika secara PERCUMA (bernilai RM 450) untuk memudahkan anda membuat promosi.

Ok sistem HyproBulkSMS ni ada 3 jenis pakej iaitu :

1) Pakej 250 (Modal RM250)
2) Pakej 500 (Modal RM500)
3) Pakej 1000 (Modal RM1,000)

Hanya Promosi Web Replika Di Website Popular

=> google
=> yahoo
=> youtube
=> facebook
=> twitter
dan lain2 lagi....

Anda Tidak Perlu Risau Kerana


Saya hanya melakukan ini separuh masa sahaja
Saya hanya bekerja di rumah sahaja
Saya hanya memerlukan komputer dan internet
Saya akan bimbing anda sehingga berjaya atau lebih hebat daripada saya
MODAL SEKALI SAHAJA SEUMUR HIDUP

KINI ANDA PUN MAMPU DAPAT!
RM 500 = SEJAM
RM 2500 = 5 HARI
RM 11000 = 15 HARI
SISTEM + TEKNOLOGI = ‘TIDAK MUSTAHIL’


saya akan berkongsi cara penjanaan yang lebih efektif dan mudah setelah anda menyertai kami...(^_^)

untuk membuat pendaftaran sila klik link di bawa ini:-

http://www.330hyper.com/hyprosms/?rId


Dan sekiranya tidak memahami?

Hubungi saya sekarang :

0126648041 - RAZI



Monday, April 19, 2010

IKLAN : PROMOSI KAWALAN SERANGGA

*Klik Gambar Untuk Besarkan


*Klik Gambar Untuk Besarkan


*Klik Gambar Untuk Besarkan


PROMOSI KAWALAN SERANGGA!!!
- General Pest
- Termite Control
- Soil Treatment
- Termite Baiting System
- Snakes / Lizards Control
- Birds / Bats Control
- Mosquitoes Control
- All Pest

Sila Hubungi Nombor Diatas atau Hubungi Terus Pejabat Kami ditalian 03-33232293

Bagi Yang Ingin Menambah Pendapatan Sampingan.10% Dari Harga Jobs Akan Dibayar Jika Anda Dapat Mencari Customer Untuk Kami.Kami Akan Bayar Anda Sebelum Kami Memulakan Kerja!!!

Dijamin Perkhidmatan Kami Terbaik, Bekesan Dan Berpatutan!!!

Sunday, February 28, 2010

2010....1st Post ;)

Salam utk semua rakan2 seperjuangan....
agak lame aku tak update blog ni....
hampir setahun huhu...
bkn ape rakan2...
aku agak kesibukan akhir2 ni...
kdg2 bile aku x sibok...
takde idea lak nk tulis pew....
jam skg 3.09am...
aku try nk tulis something kt blog ni...
xde pon kisah pasal radio amatur...
tp lebih kepada pasal diri aku n kehidupan aku skg...
erm...
skg aku lebih byk berinteraksi n berhubung dgn rakan2 di FACEBOOK...
kalu agak2 rajin leh r add yew..
putrafarzy@gmail.com

skrg aku dh slow dgn hobi radio amatur ni..
xtau nape...
mybe sbb thun ni aku dh xjoin mane2 club kot...
bkn xnak join...
tp fulus tak mengizinkn ;)
ape2 pon aku stil setia monitor rakan2 QSO...
bg aku semua yg terlibat dgn radio amatur ni adalah sahabat...
tak kira lah ade club or takde...

oklah rakan2...
aku pon xde idea nk membebel ape lg..
tp after ni aku cube utk update blog aku ni sekerap mungkin...
ok jumpa lg dilaen post..

9W2GRM QRX
73.

Monday, October 12, 2009

Contoh Soalan RAE Sungai Petani

Klik Sini Untuk Download

Friday, May 1, 2009

Selsema Babi : Penyakit Ganjil Akhir Zaman

Buat masa sekarang sudah 150 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand dan yang terkini di Thailand. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”

(HR: Ibnu Majah)

1 MEI 2009

Salam...

1 Mei 2009...Jumaat Penuh Berkat!

Selamat Hari Pekerja Untuk Rakan2 Semua...
Selamat Bercuti Jugak :)

Ni Lah Untungnye Jadi Pekerja Ni..
Satu Dunia Hormat & Bagi Cuti Kat Kite :)
So Sempena Ari Pekerja Ari Ni..
Hope Rakan2 Berazam Untuk Tikatkan Prestasi Kerja Korang..
Bior Jadi Pekerja Yang 'CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG'

73
Cheerio

myradioham ~Blog Untuk Rakan2 Ham~

Salam Rakan2..



Aku Nak Bagi Tau Tentang Kewujudan Satu Blog Khas Untuk Mengumpul Rakan2 HAM Kat Malaysia Yang Ade Blog,Website,Portal, & Yang Sewaktu Dengannye.

So Bagi Rakan2 Yang Nak Blog,Website,Portal Korang Disenaraikan Kat Blog Ni Cam Aku :) Sila Lah Lawati



http://myradioham.blogspot.com/



Blog Ni Di Selengarakan Oleh Beberapa Rakan2 Ham Yang Berpengalaman.

Terima Kasih Rakan2 Atas Usaha Ni!!

Ok Hope Rakan2 Dapat Meramaikan Blog Tersebut.



73

Cheerio

Hello Friend...

SALAM...
Jumpa Lagi Rakan2...
Dah Lama Tak Update Blog Nie...
Arini Aku Berkesempatan Nak Posting Sket2 Bahan...
So Hope Rakan2 Tak Jemu Lagi Nak Jenguk Blog Aku Nie...

73
cherio

Tuesday, April 14, 2009

Kelas Kemahiran Radio Amatur

Pihak Kramat akan mengadakan satu Kelas Kemahiran Radio Amatur. Pada kebiasaanya kelas ini dikenali denga Kelas RAE atau Kelas Persediaan RAE. Namun pihak Kramat merasakan Kelas Kemahiran Radio Amatur yang bakal diadakan ini akan lebih bersifat menyeluruh dan bukan sahaja untuk persediaan menghadapi Peperiksaan RAE. Walaubagaimanapun target utama bakal para pelajar adalah calon-calon yang akan menduduki peperiksaan RAE pada bulan Jun 2009. Kelas Kemahiran ini bakal diadakan selama dua hari.Bagi memberikan tumpuan kepada para pelajar kelas yang diadakan adalah terhad jumlah pelajarnya. Untuk mendaftar bagi mengikuti kelas berkenaan sila type RAE_NAMA_IC Number dan SEND kepada 012-3050205(9W2REJ).


Tajuk Kursus: Kelas Kemahiran Radio Amatur
Anjuran : Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
Tempat: Kuala Lumpur/ Selangor
Masa: 2 hari
Tenaga Pengajar:9M2 dan 9W2 Yang berpengalaman.


*Kredit to 9w2rej.blogspot.com

Sunday, April 12, 2009

July 22nd 2009 another Tsunami???

Don't know how far this is true.....but let's just be aware.

There is a prediction that there will be another tsunami hitting on July 22nd. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going 2 be really bad andcountries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Si Lanka, India, Indonesia,Philippines, Japan and Certain Costal Parts of China are going 2 be badly hit.
Please try and stay away from the beaches in July.
Better 2 be safe than sorry.
Please pass the word around. Please also pray for all beings.


Nota2 RAE

Assalamualaikum W.B.T.

Jumpa Lagi Rakan2.Kali Ni Aku Nak Post Nota2 RAE Untuk Rakan2 Yang Bakal Menduduki RAE Untuk Tahun 2009/01 Ni.Same2 Lah Kita Doakan Rakan2 Yang Akan Menduduki Peperiksaan RAE Pada 24 JUN 2009 Semoga LULUS.Sama2 Lah Kita Tambah Rakan2 Amateur Kat Malaysia Ni.Lagi Ramai Lagi Meriah.Betul Tak Rakan2?

Ni Beberapa Nota RAE Sebagai Rujukan Untuk Rakan2.

1.Guidelines for Amateur Radio in Malaysia
2.Guidelines for Apparatus Assignment
3.Guideline on The Allocation of Call Sign to the Amateur Radio Services
4.Amateur Frequecy Band Plan
5.Nota RAE Dari ASTRA


Ok Itu Saja Yang Aku Dapat Untuk Waktu Ni.Nant Bila Ada Yang Lain Aku Akan Posting Lagi.

73
Cheerio

* Kredit to PERAMAH & ASTRA Website.

Saturday, April 11, 2009

New Look, New Spirit, Same Callsign, Same Operator

Asssalamualaikum Rakan2....

Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi Kerana Diberi Peluang & Ruang Untuk Aku Kembali Meng'UPDATE' Blog Aku Ni Yang Dah Lama Aku Tinggalkan...
Sejak Kebelakangan Ni Aku QRL.Jadi Aku Tak Sempat Nak UPDATE Blog Aku Ni.Jadi Malam Ni Aku Berkesempatan Nak Posting Bahan2 Yang Patut.

Ok Berbalik Dengan Tajuk Post Aku Hari Ni.."New Look, New Spirit, Same Callsign, Same Operator"Bukan Ape Rakan2.Aku Pilih Tajuk Ni Cume Nak Bagi Tau Yang Aku Dah Buat Beberapa Ubah Suai Kat Blog Aku Ni..Dari Segi Template, Warna, dan Macam2 Lagi.Start Hari Ni Jugak Aku Nak Ubah Cara Bahasa, Tulisan, Gaya Posting Aku Dalam Blog Ni.Dengan Cara Ni Aku Dapat Lebih Dekat Dengan Rakan2..Tak Lah Terlalu Formal Sangat Cam Dulu..Moga Rakan2 Dapat Menerima Perubahan Yang Aku Buat Ni.Moga Rakan2 Tak Jemu Nak Jengok Singgah Kat Blog Aku Ni Lagi.Andai Ada Apa2 Cadangan & Komen Rakan2 Boleh Terus Tulis Kat Ruang Chat Sebelah Kanan Ni.

Ok Lah Aku Rase Cukup Aku Tulis Ari Ni.Kalau Panjang2 Sangat Nanti Rakan2 Bosan Lak :) Ok Jumpa Di Lain Post

73,
cheerio

Sunday, February 22, 2009

Tatabahasa QSO

Kita sedia maklum penggunaan bahasa yang tepat adalah penting bagi mewujudkan komunikasi yang ideal,tepat dan mudah difahami.Apapun kembali kepada objektif sebenar komunikasi adalah untuk menyampaikan mesej dengan jelas dan mengelakkan salah faham.Menjadi kebiasaan pada rakan baru untuk mengikut tuturkata dan bahasa yang digunakan semasa berbual di "Repeater" ataupun "Simplex" . Oleh itu marilah kita sama-sama belajar antara satu sama lain dan mengenalpasti bahasa, ayat, 'Q-Code' dan perkataan yang kurang sesuai ataupun kurang tepat digunakan semasa QSO seperti:-

1) BerQSO - QSO adalah Q-Code, maka tidak sesuai digabungkan dengan imbuhan 'Ber' didepan ataupun sebarang imbuhan lain pada Q-Kod.
2) Pancar Ulang - Sebenarnya dalam bahasa "REPEATER= Pengulang"
3) Short Break - Tidak sesuai digunakan kerana terdapat perkataan BREAK iaitu Panggilan KECEMASAN maka boleh digantikan dengan " SATU PANCARAN" atau perkataan lain yang lebih sesuai.

buat masa ini hanya tiga perkara penting yang dapat kita kongsikan bersama dan insyaAllah jika mendapat keizinan, kita akan sama-sama perbaiki mutu QSO agar lebih mantap dan bermutu.


*Kredit to 9W2PRO/SC2ZK

Tuesday, February 10, 2009

Yahoo.....9W2GRM

Asalamualaikum....



Lame Dah Saya Tak Update Blog Ni....QRL Dengan Tugasan...Alhamdulillah Hari Ni Saya Dapat Update Blog Ni....



Post Kali Ni Laen Sket...



Hehehehehe Bukan Ape...Saya Baru Je Balik Dari MCMC...

Daftar Callsign :)...Wah Memang Teruja Sangat Sebab Tak Sangka Dapat Pegang AA Untuk Amatur....

Setelah Berkuyup Naik Ke Tingkat 17 Wisma Mas Shah Alam.....Saya Submit Lah Borang...Huhuhuhu Tapi...............Terlupa Lak Nak Bank In Duit Dalam Akaun MCMC..
Hehehehehe Terpaksa Menempuh Hujan Lagi Ke CIMB Lak.....Setelah Selesai Baik In...Terus Pegi MCMC Lagi...Dan...........................Siap...



Hehehehe....Saya Dapat Gak Callsign Pilihan Hati :)



Nine Whiskey Two Golf Romeo Mike (9W2GRM)....



Bermula Lah Episod Amatur Radio Dalam Diri Saya :)





Salam Contact Perdana...Di Sini 9W2GRM Standby....


Lepas Ni Andai Rakan2 Nampak Callsign Ni..Jagan Lah Segan2 Untuk Pangil2 YE....

73
Cherio

Tuesday, February 3, 2009

Alhamdulillah...Seronok...Teruja.....

Assalamualaikum Rakan-Rakan.....

Lama Juga Saya Tak Update Blog Nie....
Bukan Apa Rakan, Kita Agak QRL Sejak Kebelakangan Ini.....
Hari Ini Baru Kita Berpeluang Untuk Menghadap PC Kita Ini....
Terus Kita Post Bahan Sikit....

Yang Membuat Saya Begitu Teruja & Seronok Adalah Kita Dah Lulus RAE 2008/02...
Yang Teruja Sangat Tu, Denagn Sekali Ambil Saja.....
Semalam Kita Tengok Result, Macam Tak Percaya....
Yelah Kita Ni Baru Setahun Jagung Dalam Dunia HAM Ni...
Jadi Belum Banyak Ilmu Yang Kita Ada......
Alhamdulillah.....

Sekaranag Kita Berada Selangkah Lagi Kehadapan....
Alam 9W2.....

Nie Tengah Pening & Berangan Pilih Call Sign Yang Saya Nak Pakai :)

9W2XXX?????

Peh PEning Jugak YE :)

Rakan-Rakan Ada Idea???

Hehehehehe

QRT

73

Cherio

Tuesday, January 20, 2009

Jom Lepak Sat....Siri 5

Akhirnya Berjaya Sudah!!


Setelah Sekian Lama Menunggu..Buat Pertama Kalinya Manchester United Meghuni Kedudukan Teratas Dalam Liga EPL...

Sebenarnya Hari Ahad Lepas Lagi Manchester United Dah Duk Atas Tuh...Lepas Menewaskan Bolton 1 - 0.....
Walaupun Gol Tuh Datang Las-Las Minit...Tapi Dah Cukup Untuk Membantu Manchester United Mengunguli Liga Di Persada...Tahniah!!

Yang Lebih Bermakne....Pagi Tadi Team Yang Menjadi Penghalang Untuk Manchester United Menjadi Juare Liverpool Sekadar Seri 1 - 1 Menentang Everton....Trima Kasih Everton Kerana Menghalang Liverpool Dari Merampas Kembali Tahta Liga...Good Job Guys :)

Kini Manchester United & Liverpool Terikat Dengan 47 Mata.....Kelebihan Kepada Manchester United Sebab Ade Lagi Baki 1 Game Dengan Fulham...

So Cukup Lah Aku Membebel Ari Ni...
Bukan Ape..Dah Lame Tak Post Ape-Ape...
Agak QRL....

Ok Jumpa Lagi Di Laen Post

QRT
73
Cherio

Thursday, January 15, 2009

Projek Baru Saya..

Assalamualaikum Rakan-Rakan...

Ini Projek Pertama Saya....

Setelah Membelek-Belek Internet...
Saya Terjumpa 1 Benda Menarik Untuk Saya Cuba...

DIY Power Supply Unit(PSU) Untuk Rig Dari PSU Komputer..
Moga-Moga Projek Pertama Saya Ini Bejaya...

Doakan Ye Rakan-Rakan...
Ini PSU Yang Saya Akan "PROJEKAN" :)







Cherio,
73...

Akhirnya........

Assalamualaikum...


Agak Pelik Jugak Tajuk Post Saya Kali Ini.Bukan Apa.Akhirnya Setelah Menunggu Hampir Seminggu.Rig Icom ic-v8000 Yang Saya Tunggu-Tunggu Sudah Tiba :) Buat Masa Ini Hanya Set Ini Saja Yang Mampu Saya Miliki.

Malam Tadi Saya Dah Memulakan Kerja-Kerja Memasang Rig Baru Saya Dalam Jalopy :)
Akhirnya Tengah Hari Ini Semua Kerja-Kerja Memasang Dan "Setting" Channel Pon Siap..
Kini Rig Baru Saya Sudah Berfungsi Dengan Baik Sekali..Alhamdulillah Semua Kerja-Kerja Memasang Berjaya Dengan Baik Sekali..

Sekian Sahaja Post Untuk Kali Ini..
Jumpa Di Lain Post...













Jom Lepak Sat....Siri 4

Jumpa Lagi.....

Manchester United Menang Lagi :)

Duka Semalam Terubat Sudah....Malam Tadi Manchester United Mencatatkan Kemenangan Keatas Team Wigan 1 - 0....Walaupun Menang Tipis...Manchester United Kini Naik Ketangga Kedua Liga Dibawah Liverpool Hanya Berbeza 2 Mata Sahaja...Tapi Manchester United Masih Berbaki 1 Perlawanan....Manchester Kini Semakin Hampir Untuk Merampas & Memimpin Liga Seterusnya Menjadi JUARA :)

Jumpa Lagi Di Lain Post

Cheerio

73

Wednesday, January 14, 2009

AMATURE RADIO PHONETIC ALPHABET

A = Alpha
B = Bravo
C = Charlie
D = Delta
E = Echo
F = Foxtrot
G = Golf
H = Hotel
I = India
J = Juliet
K = Kilo
L = Lima
M = Mike
N = November
O = Oscar
P = Papa
Q = Quebec
R = Romeo
S = Sierra
T = Tango
U = Uniform
V = Victor
W = Whiskey
X = X-ray
Y = Yankee
Z = Zulu

Jom Lepak Sat....Siri 3

Assalamualaikum...

Hari Nie Bermula Dengan Agak Suram Sikit...
Bukan Ape...

Buat Pertama Kalinya SELANGOR FC Tewas Malam Tadi....
Team Yang Berjaya Meleburkan Rekod SELANGOR FC Ialah Johor FC...
Tahniah Johor Atas Kemenangan 2 - 1 Keatas SELANGOR FC...

Selangor Kini Berada Di Tangga Kedua Liga Di Belakang KL PLUS Dengan Beza 3 Mata...

Ape-Ape Pun Selangor Still The Best :)



Go SELANGOR!
Go RED GIANT!
Viva SELANGOR!

Monday, January 12, 2009

Mari Kita Sama-Sama Selamatkan Palestin & Rakyatnya


Bantulah Umat Islam Di Palestine Dengan Menderma Di Tabung NSTP Untuk Gaza Di No Akaun Yang Tertera Di Atas.
Tuhan Sahaja Yang Dapat Membalas Kebaikan Anda.

Nak Tau Pasal SCS Comunication & Sport?

SCS Communication & Sport (SCS) telah ditubuhkan secara rasminya 4hb Oktober 2006. Penubuhanan SCS ini telah diperkenankan oleh YBM Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman (9M2 TJO), yang juga merupakan sebagai penaung dan pemilik kepada repeater SCS Communication & Sport.

Penubuhan SCS ini adalah sebagai kesinambungan kepada usaha dan perjuangan kami dahulu dalam SACC yang telah dibubarkan secara rasmi pada 20 September 2006, ekoran dari perasaan khianat dan iri hati rakan-rakan yang tidak mematuhi kehendak-kehendak asas dan tidak tahu tentang sejarah penubuhan SACC, sehingga membawa kepada penarikan balik penggunaan frekuansi dan repeater.

Justeru itu, SCS Communication & Sport : The Pre-Amateur Radio ditubuhkan bagi menyediakan satu platform kepada peminat-peminat radio amatur yang masih belum memiliki lesen (Apparatus Assignment) radio amatur untuk menggunakan radio komunikasi dan sekaligus mendidik ke arah memiliki lesen radio amatur (9W2) di Semenanjung Malaysia khususnya di kawasan Lembah Klang.

SCS (dahulunya dikenali dengan SACC) telah banyak melahirkan warga HAM di Malaysia, khususnya di Lembah Klang. Visi dan Misi penubuhan SCS adalah bertujuan untuk mengelakan SWAL dari menggunakan frekuansi-frekuansi `haram' yang mungkin boleh mengganggu frekuansi-frekuansi lain yang telah dikhaskan oleh pihak MCMC kepada badan atau pertubuhan yang lain.

*Sumber Dari http://www.scs.net.my

Jom Lepak Sat....Siri 2

Assalamualaikum....


Puas! Seronok! Best!



Hahahahaha Mesti Korang Pikir Apa Maksud Ayat Kat Atas Tu Kan?
Jeng Jeng Jeng......



Memang PUAS!

Memang SERONOK!

Memang BEST!


Hehehehe Bukan Ape Kawan-Kawan...Aku Seronok Sangat Coz Malam Tadi Manchester United Kalahkan Musuh Tradisi...Chelsea.
Yang Paling Bestnya MU Menang Besar Tuh :)


3 - 0


Hehehehe Cam Selangor Lak Kan?
Tak Sia-Sia Aku Tido Lambat Layan Game Tuh...
Memang Cantik Game Malam Tadi...
Cume Nasib Lebih Kat MU :)


Nak Wat Cam Ne Kan?
Dah Maen Kat Old Trafford Kan?
So Memang Patut Menang Pon..


Erm MU De Lagi Utang 2 Game..
And Kalau Menang Dua-Dua Game Tu...
Kompom & Pasti MU Akan Leading Table...


So Kite Jumpa Di Lain Post..

Sebelum Tuh Meh Kite Layan Picture Game Malam Tadi..






Glory Manchester United!

Sunday, January 11, 2009

Q Codes Untuk Pengendali Radio Amatur

QRK -Intelligibility (kebolehan untuk memahami).
QRL -Busy (sibuk)
QRM -Interference (gangguan)
QRN -Noise (bunyi; bising).
QRO -High power
QRP -Low power
QRS -Low speed CW
QRT -Close down station (mentutup station)
QRX -Stand by ( bersedia...)
QRZ -Who is calling me? (siapa yg memanggil)
QSL -Confirmation or card to confirm contact (pengesahan)
QSO -Radio contact (berhubung melalui radio)
QSY -Change frequency (ubah frekuensi)
QTH -Location
QTR -Time

STANDARD OPERATING PROSEDUR ( S O P)

Memandangkan terdapat rakan-rakan yang seringkali melakukan kesilapan dalam QSO, maka sepatutnya kita kongsikan ilmu untuk pemahaman dan keselesaan bersama.

Sebutan Maksud / Merujuk kepada / Disebut

Lima Lima
Land Line atau Line Location(Talian Tetap Permis, Contoh bermula dengan 03 xxxxxxxx, 04 xxxxxxxx, 05 xxxxxxxx, 06 xxxxxx, 07 xxxxxxx, 09 xxxxxxx)

Loceng Terbang
atau lebih baik dipanggil Handphone. Contoh bermula dengan 012 xxxxxxx, 013 xxxxxxx, 014 xxxxxxx, 014xxxxxx, 017 xxxxxxx, 019 xxxxxxx)

Cheerio (Latin)
Selamat Tinggal / Bye Bye
http://www.thefreedictionary.com/cheerio

Jalopy (American)
Kenderaan bukan disebut sebagai Canopy
http://www.thefreedictionary.com/jalopy

Fundamental -Tempat kelahiran / ibubapa

Harmonic- Anak-anak

XYL - Isteri

SIGN OFF - bukannya disebut Time OFF -bermaksud Keluar jalurSalt Mine - bukannya Dot My atau Lombong Garam - untuk sebutan Tempat kerja

Rubber Duckie -Antenna Handie (Flexible Whipe Antenna)

73 - Seven Three / Tujuh Tiga - bukan disebut sebagai"Tujuh Puluh Tiga"

Eyeball / QSO / Round Table
(Lebih tepat daripada menggunakan Tango Tango)Pertemuan secara bersemuka/ QSO bersemuka

"Aaa Macam tu" - sebutan ini perlu dielakkan

Nama Tempat

Gunakan sebutan biasa untuk tempat tidak perlu menggunakan sebutan Phonetics.Contoh 1: sebutan Kuala Lumpur / KL terus sebut Kuala Lumpur / KL tak perlu sebut Kilo Lima atau Kilo Bravo untuk nama tempat Kota Bharu.Penggunaan istilah 'Portable' / 'Base' / 'Mobile'Perlu dipastikan bahawa istilah 'Base' dinyatakan bilamana kita memancar di alamat yang tertera pada AA sama ada menggunakan 'Rig Handy ' atau 'Mobile Rig'.Istilah 'Portable' boleh digunakan bilamana kita memancar di luar dari alamat pada AA. Jika kita berMobile dan menggunakan 'Rig Handy' sekalipun - disebut juga sebagai 'Mobile' dan apakala kita berhenti dalam masa yang lama - disebut sebagai 'Portable'. (Rujuk Guideline For Amateur Radio In Malaysia - MCMC)

QSY - disebut bilamana untuk berubah Frekuensi dan berbeza dengan

QRD - disebut bilamana menuju ke suatu lokasi / tempat

QRX dan QRT - perlu diperhatikan penggunaan pada situasi yang betul.
QRX- berhenti memancar (TX) buat seketika dalam jangka waktu / masa yang dinyatakan, sama ada QRX 2 minit atau jangka masa selebihnya.
QRT -berhenti memancar (TX dan RX) dan mungkin switch off radio.

PTT - Press To Talk (Tekan Untuk Bercakap)
Nota:
Jangan menggunakan sebutan (contoh ayat yang selalu digunakan) "saya capai PTT dan terus bercakap" atau "Agaknya dia tertelan PTT kut".
Bagi penggunaan ayat di atas yang tepat ialah penggunaan perkataan Mikrofon.
PTT ditekan
Mikrofon dipegang / digenggam.

Apa Itu Radio Amatur?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.

Untuk semua

Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein dari Jordan, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.

Cara beroperasi

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya).Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARES atau Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital.Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point. Seakan menggunakan radio FRS seperti Motorola Talkabout. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARES, ASTRA, MARTS dan JASRA yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).

Undang-undang

Lesen radio amatur di negara ini terbahagi kepada 2 kelas iaitu A dan B. Lesen B merupakan lesen asas yang dikeluarkan kepada calon yang lulus RAE. Lesen B membolehkan operator radio amatur mengendalikan radio pada julat dan kuasa pancaran (watt) yang lebih rendah berbanding pemegang lesen kelas A. Pemegang lesen kelas B akan mendapat callsign yang bermula dengan 9W2 atau disebut sebagai Nine-Whiskey-Two manakala pemegang lesen kelas A disebut sebagai 9M2 atau Nine-Mike-Two.Mereka yang ingin mendapatkan lesen kelas A, perlu terlebih dahulu memiliki lesen kelas B untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum boleh memohon untuk menduduki ujian CW (continous wave) atau Kod Morse. Hanya mereka yang lulus sahaja akan diberikan lesen kelas A dan boleh mengendalikan perkakasan radio berkeupayaan tinggi selain boleh berhubung menggunakan Kod Morse hanya dengan menggunakan bateri berkuasa 9 volt.Di Malaysia, perkhidmatan radio amatur dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau juga dikenali sebagai MCMC. Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih dahulu menduduki Peperiksaan Radio Amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amatur dan diberikan callsign atau tanda pengenalan untuk berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula ber"QSO" atau berbual di dalam jaluran. Setiap negara mempunyai badan yang bertanggungjawab memantau semua aktiviti yang berkaitan dengan radio amatur.

Jom Lepak Sat....Siri 1

Ha Ni Ruang Baru Yang Tak Formal :)

So Ni Kire 1st Post Lah Untuk Ruang Ni...

Erm Rini Aku Nak Cite Pasal Bola...

Malam Tadi Aku Tengok Bola Kat Stadium Shah Alam...Peh! Besh Tuh..Ramai Sangat Penyokong Selangor Malam Tadi..Walaupun Aku Duk Kat Bucu Padang :) Tapi Berbaloi Lah Coz Selangor Menang Lawan Negeri Sembilan Malam Tadi...


3-0....


Memang Seronok...Ni Yang Makin Semangat Nak Terus Sokong Red Giant Ni :)

Apa-Apa Pun Kite Sokong Lah Team Liga Malaysia..Semua Team Bagus Tapi Lebih Kepada Nasib Yang Menang Tuh...

Ok lah Kite Jumpa Lagi Di Lain Post...

Sebelum Tuh Ni Aku Letak Beberapa Gambar Yang Aku Snap Semalam...Selamat Berhibur




0 - 0




1 - 0



2-0






And Finally 3 - 0


Selangor Forever!! Viva Selangor!!

Saturday, January 10, 2009

Set Radio Pertama Ku





















Puxing PT-777

Ini Lah Set Handy Pertama Yang Mampu Saya Miliki Dengan Harga Yang Amat Berpatutan.Puxing PT-777.Terima Kasih Kepada Rakan Saya Sebab Dia Lah Yang Jual Kan Handie Ni Kat Saya.Untuk Saya Mulakan QSO.

















Kenwood TM-271A

Yang Ni Pulak Rig Pertama Yang Mampu Saya Miliki.Sekarang Rig Ni Lah Yang Berada Dalam Jalopy Saya :)

















ICOM IC-V8000


Yang Ni Lak Rig Kedua Yang Bakal Duduk Dalam Jalopy Saya 2 3 Hari Lagi :) Dapat Beli Rig Ni Pun Selepas Saya Menjual Rig Kenwood Saya Kepada Rakan.

My 1st Post

Assalamualaikum...

Ini Post Saya Yang Pertama.Jadi Agak Kekok Sikit Untuk Mengatur Ayat-Ayat.Maklumlah Dah Lama Tak Menulis Karangan :)

Saya Nak Cerita Pasal Dan Sebab-Sebab Saya Terjebak Dengan Radio HAM ni.Mula-Mula Saya Memang Tak Tahu Menahu Pasal Radio HAM.Apa Yang Saya Tahu Radio HAM ni 'TONTO'.Maklumlah Budak-Budak Sekolah.

Satu Hari Saya Pergi Ke Bengkel Rakan Untuk Repair Barang.Kat Situ Saya Terdengar Suara Dari Satu Alat Seperti Walkie Takie.Saya Pun Tanya Kat Dia.Apa Benda Ni Bang?Abang Ni TONTO Ke?Ye Lah Dia Ni Ade Bengkel Ketuk Body :) Dengan Selamber Dia Jawab.Takde Lah.Ni Radio HAM.Jadi Dia Cerita Lah Ape Dia Radio HAM Tu.Dia Kata Seronok.Dapat RAmai Kawan.Maklum Lah Budak Sekolah.Dengar Tak Dengar Sangat.Mase Tuh Memang Takda Rasa Pon Nak Join HAM ni.

Tahun Lepas 2008.Baru Lah Saya Ni Berminat Nak Join Radio HAM Ni.Tanya Kawan-Kawan Ada Tak Yang Tahu Pasal Radio HAM Ni.Kebetulan Kawan Yang Saya Ni Dah Join.Jadi Pe Lagi.Terus Minta Borang & Bayar.Jadi Bermula Lah Saya Jadi Seorang Operator Radio HAm Ni.

Tapi Saya Join Kelab Pra Amatur Je.SCS Comunication & Sport.Sejak Jadi Ahli SCS Ni Saya Dapat Jumpa & Kenal Dengan Bermacam-Macam Jenis Orang.Dari Yang Muda Sehingga Lah Yang Dewasa.Rupa-Rupanya Radio HAM Ni Ramai Yang Dah Dewasa 'OTAI'

Dari Sini Saya Dapat Belajar Macam-Macam Tentang Radio HAM.Terima Kasih Rakan-Rakan.
Copyright © 9W2GRM.blogspot.com 2008-2010
 
Blogger Templates Convert By NewBloggerTemplates Design by WpThemesCreator Supported by Blogger Article